This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Iqram Dinzly kini muflis hutang RM77000

 8,833
 

"Sebab Saya Jadi Selebritilah Saya Diisytihar Muflis"


Lama tak mendengar khabarnya, tiba-tiba sahaja Iqram Dinzly mendedahkan dirinya sudah diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.
“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima. Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa”
“Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal. Apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja”
Menurut Iqram, pihak mahkamah telah mengarahkan beliau untuk membayar jumlah itu dalam masa dua bulan. Bagaimanapun hasratnya untuk berbincang gagal dan memaksa dirinya membayar RM77,000 dalam masa 10 hari.
“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan LHDN. Dapatlah kurangkan RM67,000. Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi”
“Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar. Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” katanya.

“Saya Perhati Je Pelakon Baru Nak Up, Berlakon Macam Kayu” -Boy Iman

 4,794
 

“Saya Perhati Je Pelakon Baru Nak Up, Berlakon Macam Kayu”


Sebut saja nama Boy Iman, pasti ramai tahu beliau antara pelakon popular satu ketika dahulu menerusi telefilem versi VCD, Blok 404. Baru-baru ini, Datuk Boy Iman mengimbas kembali kenangan ketika dicalonkan sebagai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002.
Menerusi perkongsiannya di Instagram itu, beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir pelakon baru yang tidak menghormati pelakon senior. Katanya lagi, ramai pelakon baru mula tunjuk lagak walaupun baru membintangi satu dua drama.
“Sebab tu saya tak heran dengan budak-budak baru nak up ni, baru berlakon satu dua drama pastu meletop dah “kerek” dengan kita artis senior ni. Jumpa artis lama pun tak nak hormat. Nasib baiklah saya ni produser, ada gelaran “dato” dan “paduka ayahanda”.
Boy Iman turut mengkritik pelakon baru yang disifatkan ‘kayu’ dalam lakonan. Beliau turut memberi nasihat kepada pendatang baru untuk mempelajari ilmu dalam bidang lakonan agar mutu lakonan seiring dengan populariti dikecapi.
“Kalau tak dengan saya dia langgar dan berlagak. Saya perhati je pelakon-pelakon baru nak up ni, berlakon pun macam kayu. Harap followers je ramai dekat ig dan media sosial. Itupun ada yang lupa diri, sombong dengan peminat dan rakan-rakan media.
“Saya nak ingatkan industri ini kecik aje dan bermusim. Ada masa awak diatas dan ada masa awak dibawah.  So prepare la apa yang patut bila time tu tak laku, tak ada peminat dan jangan jadi masa tu tak ada apa-apa. Yang penting ilmu lakonan tu kena cari dan gali.” tulisnya.
Dalam pada itu, Boy Iman turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokonnya dan membencinya sepanjang 19 tahun berada dalam industri hiburan tanah air.

Video Mirip Haneesya Hanee Minum Di Kelab Malam Tersebar?

 10,357
 

Video Mirip Haneesya Hanee Minum Di Kelab Malam Tersebar?


Baru saja beberapa hari lalu dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 dan diangkat sebagai ikon remaja, nampaknya Haneesya Hanee sudah mula terpalit dengan kontroversi panas.
Menurut laporan MHETV, tular video di media sosial memaparkan wajah seorang gadis mirip Haneesya serta dua lagi gadis mirip dua perserta Dewi Remaja iaitu Fazreen Fazera dan Erni Shahira yang kelihatan sedang berparti sakan sambil memegang segelas air dipercayai minuman keras.

Penularan video tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen yang mempersoalkan kreadibiliti peserta Dewi Remaja dan bagaimana gadis seperti itu boleh diangkat sebagai ikon. Kata netizen lagi, ia boleh memberi pengaruh buruk terutama buat gadis seusia mereka.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada video yang tersebar itu adalah Haneesya ataupun tidak. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada apa-apa penjelasan daripada Haneesya.

Sufian Suhaimi Pecah Rekod, Di Matamu Raih 50 Juta Tontonan

 6,162
 

Sufian Suhaimi Pecah Rekod, Di Matamu Raih 50 Juta Tontonan

Tahniah di ucapkan kepada Sufian Suhaimi kerana lagu Di Matamu bukan saja terpilih sebagai finalis AJL, malah lagu sedih yang sinonim dengan rakyat Malaysia untuk tahun 2018 itu berjaya memecahkan rekod lagu artis Malaysia yang meraih tontonan tertinggi di YouTube.
Sebelum ini, rekod tersebut dipegang oleh Aiman Tino menerusi lagu Ku Rela Dibenci.
Dimuat naik pada 22 Mac 2018, sehingga jam 9 pagi, lagu Di Matamu meraih lebih 50 juta tontonan, manakala lagu Ku Rela Dibenci yang dimuat naik pada 1 Jun 2016 berjaya meraih lebih 40.9 juta tontonan.
Menerusi Instagram, Sufian berkongsikan perkhabaran gembira itu buat peminatnya serta mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar.
Sufian juga memohon kepada peminat untuk mendoakannya agar diberikan kesihatan yang baik dan dapat membuat persembahan terbaik pada AJL nanti.
Terdahulu, lagu Di Matamu dilancarkan tidak lama selepas peristiwa putus tunang diantara Sufian dan Elfira Loy pada 18 Feburari tahun lalu. Kemudian, muzik video lagu tersebut dilancarkan pada tarikh yang sepatutnya menjadi hari pernikahannya bersama Elfira.

Bella Dally Selamat Bertunang 12 Januari Lalu

 4,532
 

Bella Dally Selamat Bertunang 12 Januari Lalu


Selepas 8 bulan bercerai dengan Nazim Othman, hari ini Bella Dally mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan bernama Arif. Dikhabarkan pasangan ini bertunang pada 12 Januari lalu di Sabah.


Menerusi Instagram, Bella memaklumkan berita baik itu berserta ucapan terima kasih buat rakan dan peminat yang sentiasa menyokongnya. Tulis Bella lagi, Arif merupakan jejaka terbaik untuk beliau memulakan kehidupan baru.
Khabarnya pasangan ini akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini juga namun masih belum menetapkan tarikh yang sesuai. Dalam majlis itu Bella tampak manis mengenakan busana berwarna kuning bersama jambangan bunga.
Setakat ini tidak banyak gambar di sekitar majlis pertunangan dikongsi Bella, hanya sekeping gambar dimuat naik di Instagram. Apapun tahniah diucapkan kepada Bella, semoga segala urusan perkahwinan dipermudahkan. 

“Dah Pukul & Halau Anak Dari Hidup Aku, Tapi..”

 8,358
 

“Dah Pukul & Halau Anak Dari Hidup Aku, Tapi..”


Sejak semalam tular di media sosial video kontroversi melibatkan Juara Dewi Remaja, Haneesya Hanee yang didakwa berparti sakan sambil memegang segelas air dipercayai minuman keras.
Berikutan isu tersebut, Majalah Remaja memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan terhadap finalis Dewi Remaja berkenaan.

Hari ini, ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda tampil memberikan kenyataan berhubung penularan video tersebut di akaun Facebooknya. Menurut ibunya, sebelum ini dia mengawasi gerak-geri Haneesya dan akan sentiasa bersama walau kemana sahaja.

Bagaimanapun, apabila meningkat dewasa dia memberi sedikit kelonggaran kepada anaknya itu untuk menikmati zaman remaja. Katanya lagi, mungkin anaknya itu terpengaruh dengan kawan sehingga lalai dan lupa diri.
Meskipun kecewa wanita itu memberitahu dia menerima kesilapan yang dilakukan anaknya itu dan akan tetap berada di samping Haneesya untuk membimbingnya.
Di media sosial, ramai memberikan cadangan agar kejuaraan Haneesya patut ditarik balik kerana memalukan statusnya sebagai ikon Dewi Remaja.  Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada apa-apa penjelasan daripada Haneesya.

Pakai Selama Sejam, Baju Kahwin Elfira Ini Cecah RM30,000

 13,662
 

Pakai Selama Sejam, Baju Kahwin Elfira Ini Cecah RM30,000

Meskipun sudah dua minggu Elfira Loy mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Faris Khairol Anuar, majlis majlis pernikahan serba mewah pasangan itu masih lagi menjadi bualan ramai. Malah, busana perkahwinan pelakon itu juga turut diperkatakan dimana ramai terpesona dengan kecantikan gaun tersebut.
Di antara semua baju perkahwinan Elfira, busana tradisional berwarna ungu yang digayakan oleh pasangan itu antara yang menjadi perhatian ramai meskipun cuma menyarung persalinan itu selama sejam pada majlis resepsi sebelah lelaki baru-baru ini.
Dihasilkan oleh Rico Rinaldi, pereka fesyen itu memberitahu dia mengambil masa 5 hari untuk menyiapkan persalinan tersebut. Rico turut berkongsikan perkara menarik tentang busana tersebut dimana ianya menggunakan kain songket Palembang pemberian ibu mertua Elfira.
“Saya teruja apabila El (Elfira) mahukan saya untuk menyiapkan baju resepsi sebelah pihak lelaki dan dia menyerahkan sepasang kain songket Palembang pemberian ibu mertuanya kepada saya.
Dalam pada itu, Rico memberitahu sebanyak 50,000 biji manik digunakan untuk menyiapkan busana Elfira. Dedah Rico lagi, selama 70 jam dan 11 artisan diperlukan untuk menyiapkan baju tersebut dan harga persalinan itu mencecah RM30,000.
Mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, Elfira dan Faris selamat disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

'Isteri Zul Arifin Luah Rasa Kecewa Terhadap Orang Islam'

 14,432
 

"Terima Kasih Kepada Orang Islam Malukan Saya"


Biarpun Zul Ariffin sudah menafikan kontroversinya dengan seorang model Ukraine, Tanya Glembotska, namun isu itu masih hangat diperkatakan. Terbaru Tanya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir orang Islam.

“Pertama sekali, terima kasih kepada segelintir Muslim kerana malukan saya. Sebagai penganut Kristian yang ingin mendekati Islam, saya terharu dengan usaha anda. Saya suka menari dan seorang penari tapi semuanya sudah berlalu”
“Saya berasal dari negara yang tidak mendiskriminasi seseorang kerana meminati sesuatu, contohnya menjadi penari. Maaflah kalau pakaian saya menjolok mata, saya orang Ukraine, beragama Kristian, bukan Melayu atau Muslim”
“Bukan ke dalam Quran kita tidak boleh menjatuhkan maruah orang? Anda memalukan imej sendiri dengan pandangan sebegitu. Saya maafkan semua, tak menilai sesiapa, semoga semuanya baik-baik saja,” tulisnya.
Difahamkan Tanya baru sahaja meletakkan akaun Instagramnya pada mode public, dan memuat sekeping gambarnya berserta luahan kecewa terhadap pihak yang memalukannya terutama orang Islam yang memandang serong kepadanya.
Turut menarik perhatian netizen adalah tanda ‘suka’ daripada akaun Instagram Zul terhadap posting yang dimuat naik oleh ‘isterinya’ itu. Apakah sebenarnya hubungan mereka berdua?

Haneesya Hanee Akan Disiasat dan Kena Tindakan

 15,310

"Sila Tarik Balik Kejuaraan, Tak Layak Jadi Ikon Remaja"

Gara-gara video berparti sakan tular di media sosial semalam, Majalah Remajamemberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci dan akan mengambil tindakan terhadap finalis Dewi Remaja berkenaan.
Menerusi Instagram, majalan tersebut telah memuat naik kenyataan awal berhubung dengan kontroversi beberapa finalis Dewi Remaja berparti sakan di sebuah kelab malam, difahamkan berserta dengan alkohol.
Rata-rata mengecam tindakan mereka terutama Haneesya Hanee yang baru diangkat sebagai juara. Ramai berpendapat mereka tidak sepatutnya dijadikan ikon remaja, kerana ada antara mereka bertindak membuka tudung dan berpakaian seksi di kelab malam.
Selain itu ramai memberikan cadangan agar kejuaraan Haneesya patut ditarik balik kerana memalukan statusnya sebagai Dewi Remaja tahun ini. Apapun kita nantikan sajalah hasil siasatan yang dijalankan nanti.