This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

"Ramai Awek Mesej Aiman Tino Sejak Hadiahkan Restoran Buat Ibu Bapa"

 8,885
 

""Ramai Awek Mesej Aiman Tino Sejak Hadiahkan Restoran Buat Ibu Bapa""


“Ayah dan ibu banyak berkorban untuk saya. Jadi, sekarang masanya untuk membalas jasa dan membahagiakan mereka. Menceburi perniagaan ini adalah persediaan masa depan kerana tak tahu apa akan berlaku di kemudian hari”
Bagaimanapun berita kejutan itu nampaknya berjaya ‘mencairkan’ hati ramai gadis di luar sana. Aiman mengakui menerima banyak mesej cinta daripada gadis diluar sana selepas memberi restoran tersebut.
“Saya tak fikir melakukannya untuk tarikan gadis. Banyak juga saya mendapat mesej di Instagram daripada peminat dalam kalangan gadis yang jatuh hati dan tertarik dengan keperibadian saya,” jelasnya lagi.
Namun Aiman memberitahu, dirinya tidak dapat membalas semua mesej berkenaan tetapi sangat menghargai sokongan peminat dalam perjalanan kariernya sejak dari dulu sehingga sekarang.
Dalam pada masa yang sama Aiman memberitahu beliau masih tidak bersedia untuk bercinta kerana usianya yang masih muda. Jadi buat para gadis diluar sana, jika ingin menambat hati Aiman kena tunggu sekejaplah.

Emma Maembong, Syed Abdullah Didakwa Sudah Bernikah?


 24,685
  

Emma Maembong, Syed Abdullah Didakwa Sudah Bernikah?

Susulan gambar mesra yang tersebar, hubungan pasangan tersebut terus menjadi tanda tanya netizen. Terdahulu, pasangan ini dikatakan sedang hangat bercinta apabila sering memuat naik foto bersama. Bagaimanapun, kepsyen gambar yang dimuat naik menjelaskan mereka hanya kawan baik sahaja.
Namun, hari ini tular lagi satu cerita dimana timbul dakwaan mengatakan bahawa Emma dan Syed Abdullah telah pun berkahwin.
Menerusi Instagram @memes_puaka, seorang individu mendedahkan bahawa Emma dan Syed merupakan pasangan suami isteri.

Individu itu turut mendakwa Syed Abdullah telah menunjukkan gambar pernikahan mereka berdua kepadanya. Menurut individu itu lagi, dia mendedahkan perkara tersebut kerana sudah melibatkan isu fitnah dan timbul rasa bersalah jika dia hanya mendiamkan diri sahaja.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada pihak Emma mahupun Syed Abdullah berhubung dakwaan tersebut.

Melampau Dia Punya Rapat, Bukan Main Syafiq

 6,759
 

“Melampau Dia Punya Rapat, Bukan Main Syafiq”

Dengar cerita ramai yang sudah jatuh cinta dengan keserasian mereka berdua. Baru-baru ini, menerusi Twitter Syafiq ada memuat naik foto mesra bersama Elizabeth untuk mempromosikan drama tersebut.
Ternyata gambar tersebut menimbulkan rasa kurang senang serta netizen yang mengatakan Syafiq dan Elizabeth bergambar terlalu rapat. Ada netizen turut memberikan teguran kepada Syafiq agar menjaga batas dan berhati-hati bila bergambar.
Tidak kurang juga ada segelintir netizen terutamanya wanita seolah ‘panas hati’ dan cemburu melihat kemesraan pasangan tersebut.
Apa pun pasti ramai penonton diluar sana tak sabar nak tengok gandingan pertama pasangan ini.  Sama-sama kita nantikan.

Anna Jobling Buka Mulut Isu Dalang Sebar Video Parti

 6,173
  

Anna Jobling Buka Mulut Isu Dalang Sebar Video Parti

Susulan kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam awal Januari lalu, salah seorang finalis Dewi Remaja iaitu Anna Jobling dituduh menjadi dalang yang menyebarkan video tersebut.
Susulan itu, akaun Instagram Anna diserang oleh netizen dan rata-rata mereka menuduh Anna mengkhianati kawannya sendiri meskipun tidak mengetahui kesahihan dakwaan tersebut.
Hampir sebulan mendiamkan diri, akhirnya Anna membuka mulut mengenai isu tersebut. Mahu membersihkan namanya, Anna nenafikan dakwaan dia dalang penyebaran video parti itu dan mengegaskan tuduhan itu adalah fitnah.
“Ingin dijelaskan, bukan saya yang sebarkan video itu. Saya nak bersihkan tuduhan ini. Setakat main tuduh saja, semua orang boleh cakap.
“Ia adalah fitnah kepada saya. Tetapi tak mengapa, saya maafkan mereka. Saya hanya mahu ‘move’ dan lupakan semua. Paling penting teruskan bersikap positif dengan orang sekeliling,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Anna turut berasa sedih di atas apa yang telah berlaku apabila masyarakat memandang serong dengan gelaran Dewi Remaja yang dimiliki kerana sepatutnya sebagai Dewi mereka perlu menjadi contoh buat remaja diluar sana.
Biarpun dikecam teruk oleh netizen di media sosial, Anna enggan mengambil pusing kerana baginya orang luar tidak tahu cerita sebenar.

Berangan Kahwin Anak Raja, Tapi Terkahwin Raja Viral

 2,756
  

“Berangan Kahwin Anak Raja, Tapi Terkahwin Raja Viral”

Biarpun pelbagai kontroversi sering terpalit usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri, namun isterinya, Datin Nur Shahida tetap setia disisinya untuk memberikan sokongan.
Baru-baru ini, Nur Shahida ada memuat naik sekeping gambarnya bersama suami memakai busana ala perkahwinan diraja. Apa yang menjadi perhatian adalah kepsyen gambar tersebut yang mencuit hati netizen.
Menerusi perkongsian tersebut, Shahida memberitahu ketika waktu kecil dahulu dia selalu berangan untuk berkahwin dengan anak raja.

“Aku nak kahwin dengan anak raja! Dulu kecik-kecik berangan nak kahwin anak raja tapi kita terkahwin dengan raja juga tapi raja viral!
“Dulu-dulu kahwin tak merasa nak pakai baju gini. Dah kahwin baru buang tebiat nak pakai,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kapyen tersebut. Ada yang mengatakan mereka tidak menyangka isteri kepada Aliff Syukri itu seorang yang kelakar.
Kata netizen lagi, biarpun suaminya digelar raja viral, namun Aliff Syukri seorang yang sangat sayangkan isteri dan anak-anak. Dalam pada itu ramai yang mendoakan agar perkahwinan pasangan itu kekal bahagia hingga ke Jannah.

Bukan Takut Tapi Tak Mahu IG Dipenuhi Sampah

 1,734
  

"Bukan Takut Tapi Tak Mahu IG Dipenuhi Sampah"

Sehingga hari ini Izreen Azminda masih menutup fungsi ruangan komen di Instagram sejak kontroversi bernikah dengan suami orang. Jelasnya, hidupnya kini lebih tenang tanpa kata-kata sampah netizen.
“Emosi terganggu sebab komen mereka sangat keterlaluan. Cuba mereka duduk di tempat saya atau artis lain yang dikecam, apa mereka rasa? Disebabkan itu, saya ambil keputusan tutup ruangan komen dan ia sangat berbaloi”

“Sudah masuk tahun kedua saya tutup. Memang lega dan tenang saja. Tak perlu lagi saya hadap dengan komen jahat dan caci-maki mereka. Saya bukannya takut, tetapi tak mahu Instagram dipenuhi dengan ‘sampah’ dan komen negatif”
“Kalau mahu apa-apa, boleh DM (direct message) saja. Ramai yang berbuat sedemikian dan saya akan balas,” jelasnya mengapa bertindak untuk menutup terus ruangan komen sejak bernikah.
Selain itu, Izren turut bersetuju dengan tindakan rakan selebritinya, Linda Rafar menyaman netizen yang mengeluarkan kata-kata melampau. Katanya sudah sekian lama netizen memijak kepala selebriti sesuka hati.  

Orang Rasa Seksi Tapi Saya Rasa Biasa Saja

 17,010
  

“Orang Rasa Seksi Tapi Saya Rasa Biasa Saja”

Zizi Kirana sememangnya sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi. Gara-gara sering tampil dengan pakaian yang mendedahkan tubuh, Instagram penyanyi itu sering dihujani dengan kritikan dan kecaman netizen.
Tidak kurang juga ramai yang meninggalkan komen berbaur lucah. Nampaknya bukan itu sahaja, Zizi baru-baru ini mendedahkan ada orang kenamaan dan VVIP cuba menggodanya dengan meninggalkan mesej nakal dan mengajaknya untuk melakukan perkara tidak elok.


“Ada juga orang kenamaan dan VVIP yang meninggalkan mesej-mesej nakal, ajak berasmara, nak berkawan rapat dan mahu `mengangkut’ saya ke sana sini. Tapi saya buat tak layan sebab pada saya mereka itu sebenarnya gila.
“Di luar mereka kata saya jahil sebab seksi tapi sebenarnya otak mereka yang tak betul,” katanya kepada Utusan Online.
Dalam pada itu, Zizi turut berasa pelik dan tertanya-tanya mengapa setiap foto yang di muat naik pasti akan menjadi kecaman netizen sedangkan baginya penampilannya itu biasa-biasa saja.
“Orang rasa seksi tapi saya rasa biasa saja. Saya takkan ubah atau ikut kata orang, saya tetap akan memakai pakaian yang saya rasa selesa,” jelasnya.

Iqram Dinzly kini muflis hutang RM77000

 8,833
 

"Sebab Saya Jadi Selebritilah Saya Diisytihar Muflis"


Lama tak mendengar khabarnya, tiba-tiba sahaja Iqram Dinzly mendedahkan dirinya sudah diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.
“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima. Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa”
“Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal. Apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja”
Menurut Iqram, pihak mahkamah telah mengarahkan beliau untuk membayar jumlah itu dalam masa dua bulan. Bagaimanapun hasratnya untuk berbincang gagal dan memaksa dirinya membayar RM77,000 dalam masa 10 hari.
“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan LHDN. Dapatlah kurangkan RM67,000. Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi”
“Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar. Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” katanya.

“Saya Perhati Je Pelakon Baru Nak Up, Berlakon Macam Kayu” -Boy Iman

 4,794
 

“Saya Perhati Je Pelakon Baru Nak Up, Berlakon Macam Kayu”


Sebut saja nama Boy Iman, pasti ramai tahu beliau antara pelakon popular satu ketika dahulu menerusi telefilem versi VCD, Blok 404. Baru-baru ini, Datuk Boy Iman mengimbas kembali kenangan ketika dicalonkan sebagai finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002.
Menerusi perkongsiannya di Instagram itu, beliau turut meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir pelakon baru yang tidak menghormati pelakon senior. Katanya lagi, ramai pelakon baru mula tunjuk lagak walaupun baru membintangi satu dua drama.
“Sebab tu saya tak heran dengan budak-budak baru nak up ni, baru berlakon satu dua drama pastu meletop dah “kerek” dengan kita artis senior ni. Jumpa artis lama pun tak nak hormat. Nasib baiklah saya ni produser, ada gelaran “dato” dan “paduka ayahanda”.
Boy Iman turut mengkritik pelakon baru yang disifatkan ‘kayu’ dalam lakonan. Beliau turut memberi nasihat kepada pendatang baru untuk mempelajari ilmu dalam bidang lakonan agar mutu lakonan seiring dengan populariti dikecapi.
“Kalau tak dengan saya dia langgar dan berlagak. Saya perhati je pelakon-pelakon baru nak up ni, berlakon pun macam kayu. Harap followers je ramai dekat ig dan media sosial. Itupun ada yang lupa diri, sombong dengan peminat dan rakan-rakan media.
“Saya nak ingatkan industri ini kecik aje dan bermusim. Ada masa awak diatas dan ada masa awak dibawah.  So prepare la apa yang patut bila time tu tak laku, tak ada peminat dan jangan jadi masa tu tak ada apa-apa. Yang penting ilmu lakonan tu kena cari dan gali.” tulisnya.
Dalam pada itu, Boy Iman turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokonnya dan membencinya sepanjang 19 tahun berada dalam industri hiburan tanah air.

Video Mirip Haneesya Hanee Minum Di Kelab Malam Tersebar?

 10,357
 

Video Mirip Haneesya Hanee Minum Di Kelab Malam Tersebar?


Baru saja beberapa hari lalu dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2018/2019 dan diangkat sebagai ikon remaja, nampaknya Haneesya Hanee sudah mula terpalit dengan kontroversi panas.
Menurut laporan MHETV, tular video di media sosial memaparkan wajah seorang gadis mirip Haneesya serta dua lagi gadis mirip dua perserta Dewi Remaja iaitu Fazreen Fazera dan Erni Shahira yang kelihatan sedang berparti sakan sambil memegang segelas air dipercayai minuman keras.

Penularan video tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen yang mempersoalkan kreadibiliti peserta Dewi Remaja dan bagaimana gadis seperti itu boleh diangkat sebagai ikon. Kata netizen lagi, ia boleh memberi pengaruh buruk terutama buat gadis seusia mereka.
Namun tidak dapat dipastikan sama ada video yang tersebar itu adalah Haneesya ataupun tidak. Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada apa-apa penjelasan daripada Haneesya.